Dua software ni digunakan untuk tujuan Building Information Modeling bagi projek jalan dan infrastruktur.


FASA REKABENTUK
Infraworks untuk konsep rekabentuk (conceptual design) manakala Civil 3D untuk perincian rekabentuk (detailed design)
OUTPUT
Civil 3D boleh hasilkan lukisan perincian alignment, long sections, cross sections, topography
Manakala Infraworks hasilkan visual presentation projek jalan
PERINCIAN REKABENTUK JALAN
Infraworks dan Civil 3D boleh hasilkan data rekabentuk seperti alignment, profile, sections
Bezanya, Infraworks hanya boleh present sahaja data rekabentuk tersebut, manakala Civil 3D bukan sekadar present, tapi boleh hasilkan lukisan dan dokumen.
DATA TOPOGRAPHY
Infraworks hasilkan model topography berdasarkan data Google Earth, tidak boleh tukarkan lukisan survey ke model topo
Civil 3D boleh tukarkan lukisan survey ke model topo menggunakan points atau elevation text, jadi pelan topography siap contour lines, sections
3D MODELING
Infraworks dan Civil 3D boleh hasilkan 3D model rekabentuk dengan mudah.
Bezanya, Infraworks model lebih kepada visual presentation, Civil 3D model lebih terperinci kerana mengambil kira alignment, superelevation, profile, typical section
KUANTITI TANAH
Infraworks dan Civil 3D boleh hasilkan laporan kuantiti cut & fill tanah
Tapi, Civil 3D lebih terperinci laporan kuantiti tanah baik secara total atau every cross sections
DATA YANG BOLEH DITERIMA
Infraworks dan Civil 3D boleh menerima pelbagai jenis format data, menjadikan ia software yang bagus untuk Building Information Modeling
Infraworks boleh menerima data obj, fbx, revit, sketchup, raster, point clouds, shp, dihimpunkan untuk 3D visual presentation
Civil 3D boleh menerima data dari infraworks, dwg, csv, landxml, point clouds, GIS, dihimpunkan untuk tujuan rekabentuk dan perincian lukisan
SIMULASI
Infraworks boleh buat simulasi stormwater analysis, traffic simulation, material quantity estimation dan lain2
Civil 3D boleh buat simulasi catchment area, drive simulation, vehicle tracking dan lain2
BIM Expert Sdn Bhd
Infraworks Online Course: //courses.bimexpert.com.my/course/Infraworks-for-Conceptual-Design-Bahasa-Melayu
Civil 3D Online Course: https://courses.bimexpert.com.my/course/Civil-3D-for-Earthworks-Roadworks